Sunday 21 April 2013

DemAm PRU13

assalamualaikum.....




wah wah wah....PRU13 dah dekat dah...

hangpa undi apa wey????
tak kisah laaa undi apa pun kan..itu kan hak masing2....bukan satu paksaan...
mengundi itu satu tanggungjawab....jangan diabaikan...
actually, this year will be the first time for me to vote.....
ewah ewah....tiba2 rasa nak sepiking....kehkeh...
aku undi apa? ssshhhhh..rahsia ok....
undi undi jugak..pangkah pangkah jugak..tapi jangan laa sampai ada persengketaan sesama saudara islam...
tak elok...pilihlaa pemimpin yang mampu bawa kita ke jalan benar menuju jalan Allah...
pemimpin yang akan bawa kita masok syurga Allah...
pemimpin yang mendahulukan rakyat lebih dari dirinya sendiri....
salah pilih pemimpin, abislaa..apa kita nak jawab masa dekat mahsyar nanti...

hari mengundi 5 may 2013...hari tu jugak laa baru aku nak kelik kapong...

hahahaha...ni baru orang kata semangat mengundi...i'm from kuching ok...undi dekat kampung charok bemban, baling.....wow...joh oooooooooo.....
mesti meriah dekat kapong aku sekarang...mesti penuh bendera bulan dan dacing....
dekat sini aku nampak roket ja banyak...bulan dan dacing kurang....
apa2 pun...jom kita mengundi...
undilaa calon pilihan anda...tak payah nak kutuk2...gadoh2....
semua orang ada hak untuk membuat pilihan...tak perlu nak paksa orang...
suka hati depa laaa...

ok tu saja aku nak tulis....hop jgn ada yang marah yer...aku cuma nak kongsi ja...

bukan ditujukan untuk sapa2 ok...chill...

^_^




Tuesday 22 January 2013

perIgI CArI tImba


Menjadi muslimah bukan beerti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan aggresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.
Perigi Cari Timba. Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya. Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.
Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Risikonya adalah antara diterima atau ditolak. Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina. Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.
Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalammeminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!
Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
Malu kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.
Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan. Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita? Tidak. Yang penting usaha. Ia senang. Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.
Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi org perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.


pendapat aku sendiri....

memang laa ramai yang akan kata.."eeiii..tak malu laa ko lamar laki..tak laku sgt ke..."
tapi bagi aku..ianya keja mulia...kita nak lelaki yang terbaik untuk kita..mungkin dia bukan yang jenis meluahkan perasaan..jadi apa kata kita yang mulakan dulu...tak salah kan...
kalau nak tunggu laki baik masok minang, andartu laa...hehe 

aku kagum kepada wanita yang masok minang lelaki atau meluahkan perasaan pada lelaki...aku sendri tak mampu nak buat macam tu...ada perasaan nak mulakan dulu tapi rasa terbatas...kalau direject, tak ka malu aku nanti...so, aku mendiamkan diri ja...suka tapi malu...huhu...



Tuesday 15 January 2013

~My LaIiNk ForEver~

Aku rindu kawan2 serumah aku masa aku kat penang...
mereka semua adalah sahabat, adik dan teman selamanya....lalink forever...takda sapa dapat gantikan tmpat mereka... :')

susah senang sama2...tak penah berkira...tak penah rasa penat..dan masing2 memahami antara satu sama lain..no one can be like them...beruntunglah sesiapa yang dapat menjadi sahabat mereka...

kakngah...kakcik...adik...baby...kaklong rindu kamoo semua... :)

first day kami jumpa...1 july 2009.....masing2 malu nak bertegur sapa...dapat stay satu rumah..so pakat2 berkenalan..then tiba2 terfikir nak ada panggilan masing2...memang kami berjodoh...hari pertama dah serasi..baca yasin sama2..solat jemaah....hari berganti hari...bulan berganti bulan..tahun berganti tahun...hubungan kami semua tersangat2 laa erat...kami 5 orang always together...sorang sakit, semua merasai kesakitan...sorang hepi, semua merasai rasa gembira...sorang sedih, semua turut bersedih...makan sama2..masak sama2..tido sama2...shoping sama2....study sama2...result pun lebih kurang sama...hehehe...

meh aku nak cita ckit peribadi mereka...

~kakngah~
cun orangnya..muka ala2 jepun tu..kalau tgk tu orang mesti ingat dia ni kacukan cina ka jepun ka...lembut orangnya...budak kelate...gomo kelate gomo..hehe...hok ni ka budak panda...(pandai) tiba2 terkecek kelate pulok..hehe...tak reti nak marah orang...tapi kalau sekali dia marah...abis blusher satu badan...(joking) kehkeh...I miss u kakngah... 
takleh cita lebih2...dah ada yang punya...hehe



~kakchik~
ni roomate aku...manis orangnya...peminat nombor satu korea...kakcik ni seorang sahabat yang baik...dia tak penah berkira dengan kawan2...kawan sakit,mesti dia yg akan risau dulu...tapi penyimpan rahsia..dia jarang bercerita tentang masalah dia dekat orang lain..ni budak kedah ni...tapi kami semua slaloo kata dia golongan nomad sebab suka berpindah randah...al maklumlaa ayah dia polis...hehe...i miss u kakcik.. :)




~adik~
budak banyak cakap ni..masa lapor diri dulu, dia laa orang pertama yang tego aku... "assalamualaikum...wey2...ada orang dak kat cni..." hehehe...comel orangnya...peramah...dan suka masak..kira hobi dia laa masak2 ni... :) budak kedah jugak..kat kota kuala muda...dia kalau mai manja dia tu...comel ja... i miss u adik.. :)



~baby~
kenapa panggil baby? sebab dia yg paling kecik...kecik comel ja..tmbah kalau tengok kaki ngn tangan dia..alahai..comel jek...hehe...budak paling manja dalam rumah kami ni...muka dia ala2 arab gitu...kalau bab mekap, serahkan pada dia..dia ubah muka kita jadi artis gitu..kehkeh..dia budak bota, perak..kalau mai merepek dia, abis keluar loghat bota dia tu...hehe... i miss u baby.. :)



udah2 ler cita pasal mereka2 noh..kang ada lakk yang nak saman sebab ambik gamba depa tanpa kebenaran...hehe...but siyesly i telling u olls....really really miss them very much..kalau jumpa ni rasa nak peluk ketat2.... :')


banyak kenangan dengan mereka...
takdak satu pun kenangan pahit....semuanya manis2 belaka...

meh tengok gamba kami sama hepi... 















GeDikS dALAm keLAs
















I LOVE U ALLS!!!!!!!


"Kalau engkau ramai sahabat

bersyukurlah!Lantaran ramai orang 

yang menghargai dan memperhatikan

 engkau,tandanya harga dirimu mahal dan

 timbangannya berat"

"Persahabatan adalah perisai bagi segala

 bencana dan segala peristiwa yang terjadi

 pada setiap zaman"



sebab terlalu rindu kat depa ni...aku wat video khas untuk mereka...
this video special for them..miss u all <3


Sunday 13 January 2013

~kelik BALiNg... BerCuti~


Tanggal 7 januari 2013...aku naik belon pulang ke kampung halaman...wah..mcm tak percaya ja...semuanya Allah yang rancang...

ok..aku kelik sebab nak join abg aku, mak ngn abah gi brunei 11 januari...tapi Allah dah tentukan yang kami tak boleh pi..postpone ke bulan dua...so, aku teruskan bercuti di rumah...seronok dapat jupak famili...lepas rindu pada mak, abah n adik...hehe...
dan jugak puas dapat men dengan si bambam riedzki fareez...
kira aku kelik kali ni leh jupak dengan semua lah..cuma kak ipa aku yg nombor dua ja aku takdan jupak...


shoping kat baling? adoyai...memang pekan baling adalah tempat feberet aku untuk shoping...dah laa barang murah..senang pulak tu nak cari barang....puas hati aku...satu beg guni penuh barang dari baling...hahahaha
lepas ni kalau kelik baling, pastikan luggage kosong...leh isi barang dari baling...
tudung, baju, beg, makanan....dipendekkan cerita...semualah aku shoping...
11 januari lakkk...aku naik bas dari baling pi kl... pukul 10.30 malam bas bertolak...pukul 5 pagi baru sapei...sakit badan aku...gi kl buat pa dey? of cos laa jupak abang2, kakak n anak2 menakan dekat sana...gi genting highlands,...wah wah..seronoknya.... :)






13 januari.....aku dah kelik kuching...kembali kepada asal..no more famili...start keja...tapi aku mmg enjoy lah kelik kapong baru ni...sweet memori ever...mungkin june pulak nak apply cuti...cuti lama ckit...tapi masih dalam perancangan...insyaaAllah..doakan aku dapat cuti yer..hehe


jodoh pertemuan

jodoh pertemuan segalanya ketentuan Allah....
tiada siapa dapat menghalangnya...orang yang kawen pun leh bercerai..inikan couple or tunang...
tapi manusia kan...tak lari dari perasaan cinta..kalau dah cinta sangat2....laut dalam sanggup ku redah...kan ku petik bintang untukmu....hehehehehe
aku masih muda....Allah sentiasa bagi ujian dan dugaan...mula2 aku sedih...tapi bila aku pikir balik...Allah uji sbb Dia sayang aku..Dia nak ingatkan aku yg aku masih ada Dia di sisi...biar org tinggalkan kita...tapi Allah tak mungkin tinggalkan kita selagi kita tetap menjadi hamba Allah yang taat pada-Nya...


aku sentiasa bercakap pasal jodoh...sbb aku memang ada keinginan untuk ada keluarga sendiri...(gatal pulak noh) tapi berkahwin tu kan perkara mulia...cuma masalah aku adalah...pemilik tulang rusuk aku ni tak muncul2 lagi...entah bila laa jodoh aku akan sampai....

memilih? taklaa..aku tak penah pilih..kalau aku memilih, aku takkan pernah bertunang...tapi dia bukan jodoh aku...maka putus di tgh jalan...aku redha...tapi apa yang aku belajar dari pengalaman tu...kalau famili tak suka, jgn sesekali kita bantah...biar cinta atau sayang tara mana pun, kalau naluri famili cakap tak!! maka percayalah...takkan bahagia laa kehidupan...sbb restu mak abah paling penting dalam mendirikan rumahtangga.....tanpa restu mereka, kucar kacir laa keluarga yang kita bina...


calon pilihan?

aku yakin,semua org nak calon pilihan yang terbaik kan...macam aku jugak...rupa paras tak penting sgt..wang ringgit pun tak penting tapi nak laa yg bekerja..keja apa pun aku tak kisah asalkan dia ada ongkos untuk bagi nafkah isteri dan anak2...yang paling aku pndang... AGAMA....tapi bukan ustaz laa..(kalau dapat tu mcm bonus laa..tapi aku tak layak nak dapat seorang ustaz) cukop sekadar yang mampu jadi IMAM aku...IMAM anak2 aku...bimbing aku...mampu azan kan ke telinga anak aku selepas dia dilahirkan...
demand ka aku? aku berhak pilih imam aku... wanita yang baik untuk lelaki yang baik..begitulah sebaliknya...aku tahu tu,,,tapi kalau wanita kurang baik dapat lelaki baik, itu tandanya lelaki itu mampu membimbing wanita itu menjadi baik...so aku ambik statement kedua..aku tak laa baik sgt...wuu...sedih pulak...teringin nak jadi baik..pakai tudung labuh...tapi entahlaa...mintak Allah tebalkan iman ni...

orang kata...berkawan biar berjuta kan...so aku kawan dengan semua...tapi yang istimewa cuma satu...tapi hanya bayangan....tak jumpa lagi seseorang yang mampu buka pintu hati ni...kalau ada pun, maybe dia hanya mendiamkan diri...aku nak kena buat konsep "perigi cari timba" kot...keja mulia ni...hehe...








emmm...setakat ni ja aku nak tulis..kalau ada apa2 lagi nanti aku update len yer... :)



Wednesday 9 January 2013

kerjaya aku



Alhamdulillah...aku dah jadi nurse...
nak tau dekat mana?
HOSPITAL UMUM SARAWAK.....wow...kelas kau jah...
jauh ya amat....

mula2 mai sini..kehidupan susah..al maklumlaa...gaji tak dapat lagi..

pi keja jalan kaki ja..letih kot..kalau dekat takpa...jauh beno...sabor je lah...
tapi nak wat mcm mana...dah namanya keja...

kamik suka diam di sarawak tok...semua baik2....kinek tok kamik diam sama teman2 kamik.....senior kamik madah sama kamik... "kumpul duit dulu..lepas sia, baru pindah balit semenanjung..sik boh pulai lagi..."

jadi kamik sik pulai semenanjung gik...mauk diam sitok lama gik...best juak diam sitok...kamik sik stress...


hehe...aku dah boleh cakap sarawak sikit2...paham dak? kalau tak paham tanya yer..jgn buat diam ja.... :)


now aku dah miliki kereta....kalau kereta org sarawak panggil motor...kalau motor, depa panggil motosikal...kalau basikal depa panggil boypren...hehe


nak tau aku naik keta apa?

my lovely HERBIE....


tima kasih kat abah aku sebab dia tolong bayar duit muka...eh bukan tolong bayar..tolong pinjamkan...abah jangan risau...setiap bulan fida masokkan duit.... :) maceh abahku sayang...


kadang-kadang aku stress jugak dengan keja ni...wad aku memang bizi...tapi depends dekat hari jugak laa...kalau hari pembedahan...memang bizi laaa...balik lewat ja..sebab setelkan keja..tapi apa-apapun keja tetap keja... :)

sekurang-kurangnya aku tak makan gaji buta...ramai orang kata nurse selalu curi tulang..lepak-lepak dekat kaunter...tapi alhamdulillah...sepanjang aku keja, bukan setakat tak dan nak lepak kat kaunter, nak pi jamban pun tak sempat...huhu...
pesakit didahulukan...buat kerja dengan ikhlas insyaAllah dipermudahkan...