Sunday 25 January 2015
sebenarnya dia suami aku.....
Dia imamku..dia pemilik tulang rusukku...Ya Allah..aku sgt mencintai dia. Engkau jagakan dia untukku. Jauhi dia dari segala musibah dan tabahkan hatinya dalam setiap dugaan-Mu. Aku ingin bersamanya setiap detik dan setiap saat. Sungguh besar ujian yg Engkau berikan kepada kami. Hanya doa mampu ku kirimkan.
Dialah suamiku tercinta. Aku sukakan dia pada awalnya sebab dia seorang yg sgt baik. Berasal dari keluarga yg kurang senang. Berdikari sejak dari kecik. Hormat orang tua. Tahu mengambil hati orang tua. Dia memiliki ciri2 lelaki yang aku cari.
Alhamdulillah. sememangnya dia adalah jodoh yg ditentukan untukku. Aku bersyukur. Tiada ungkapan lain yg dapat aku luahkan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dia bersabar dengan aku dan sangat memahami.
Allah itu maha pemurah. Bukan harta benda yang aku cari. Bukan kemewahan yang aku kejar selama ini. Tapi aku pandang agama. Walau apa pun pekerjaan dia, tapi kerana agama dan sifat yg baik yg ada dalam diri dia, buat aku jatuh cinta. Biarlah hidup bersederhana asalkan rumahtangga bahagia.
Dialah sahabatku dunia akhirat. Seseorang yang muncul dalam kisah hidup aku dan membahagiakan aku. Semoga hubungan kami kekal sampai syurga. Aamin.. ^_^ aku terima dia yang dahulu, kini dan selamanya bersama...in syaa Allah
Pertemuan kali pertama kami ^_^
Rezeki dia dapat menganggotai Agensi Penguatkuasaan Maritim
Setelah sah manjadi suami isteri...honeymoon ..hehe
dulu kini dan selamanya
assalamualaikum...
wah dah hmpir 8 bulan aku tak update blog...berhabuk
gilerrr....
so..apa cer skng....
alhamdulillah skng hidup makin bahagia..masih diberi nikmat
kesihatan..udara...nyawa yg bernilai..
so arini aku nak cita pasal mr right aku,,,
haaa...ingat tak dulu aku penah post pasal perigi cari
timba? actually post tu ada kena mengena dgn apa yg aku lalui skng..aku ada ckp
psal aku suka someone tapi aku takut nak luahkan..tul tak?
Orang yg aku suka tu dah jadi suami aku yang
sah...alhamdulillah...mcm mna kami kenal?
Dan macam mana leh declare suka tu??
haaa..ni aku nak share. Kami kenal melalui fb. Cinta cyber
laa jugak. Dia kenal aku sebab aku ni aktif dalam satu grup fb. Gruk cakat
kapong Baling. haaa...dari situ dia add aku. Lepas tu nak dijadikan cerita. Dia
terjumpak gambar aku dgn abah aku. Kebetulan pulak abah aku tu cikgu dia..Kira
dia bekas anak murid abah aku. So apa lagi..Start laa conversation di situ.
eceh.... start mengomen2 gambar. Tapi yg mengecewakan masa tu aku masih tunang
orang. (ni dia cita balik kat aku, bukan aku wat cita). So kami hanya berbual
setakat itu sahaja. Stop...aku tunang orang.
Jodoh ketentuan di tangan Allah. Aku dan bekas tunang aku
tidak ditakdirkan bersama atas sebab2 tertentu. Biarlah aku dan keluarga aku saja
yang tahu. Bulan berganti bulan..Hati yg luka diketuk kembali. Mungkin sebab
dia jodoh aku. Hati terdetik utk menegur. Kebetulan kawan aku tengah cari rumah
sewa dekat kawasan rumah dia, Tanpa fikir jauh, mesej di fb dihantar. Bermula
dari berbual pasal rumah sewa, bertukar pasal rumah sendiri. Setiap hari
berblas mesej. (dkt fb saja ok) Takda mintak nombor tepon pun. Dua2 segan. malu
tapi mahu...haha
Dan akhirnya dia berjaya mengorek rahsia yg aku sudah
single. Bukan tunangan org lagi. Perasaan aku masa tu susah nak cakap. Terlalu
suka dgn dia tapi malu sgt nak luahkan takut ditolak. Setiap status aku ..dia
komen. Status dia lakk aku komen. Macam tu lah setiap hari. Sampai status pun
mula bercakap pasal hati. Dan dengan rasa besar hati, dia akhirnya meluahkan
perasaan begitu juga aku. Padahal belum pernah berjumpa.
Aku di sarawak. Dia pulak di penang. Jarak memisahkan kami.
Masa berjumpa buat pertama kali, hati ni berdebar sgt. Alhamdulillah dia lelaki
yg sgt baik. Sopan santun. yg paling penting hormat wanita. Lelaki yg aku cari2
selama ni. Yang tak berpegang tgn, kira innocent la..hehe
Bulan berganti bulan. Tiba2 hati terdetik rasa bersalah.
Bersalah sebab berzina hati. Aku lupa Allah buat seketika. Jadi aku buat
keputusan utk tidak berhubung smpai kami diijabkabulkan. Keputusan aku ni
ibarat pedang yg menikam jantung si dia. Dia kecewa dan terluka. Mna2 laki pun
akan fikir negatif kan. Fikir aku ada org lain laa..Aku curanglaa.. Tapi atas
nasihat dari seseorang, si dia tabahkan hati utk terima keputusan aku. Aku nak
bercinta lepas kawen. Aku tanak panggilan sayang mengotori hubungan kami. Aku
tanak perkataan rindu mencacatkan hubungan kami. Yang aku nak, hubungan kami
diredhai Allah. Yang penting kepercayaan antara satu sama lain.
Pada 22 Mac 2014, kami ikat tali pertunamgan. Dan kami still
tidak berhubung. Hanya berhubung kalau ada hal penting. Dalam 2 minggu tu ada
mesej sekali bgitahu pasal persediaan, tarikh apa smua. Pada 28 November 2014,
akhirnya kami diijabkabulkan. Alhamdulillah..dia sah jadi milik aku dan aku sah
jadi milik dia. Hubungan yg hampir2 berakhir dgn perpisahan akhirnya disatukan
bersama hingga ke jinjang pelamin. Dia suamiku, sahabatku dan pemberi semangat.
Apa yg paling penting, famili aku dapat terima dia seadanya.
Terima kasih mak abah sebab terima si dia sebagai menantu. Dan terima kasih mak
dan ayah (mertua) sebab terima Fida sebagai menantu. Aku bahagia.
Dan bercinta lepas kawen ni sgt2laaa sweet. Pada hari
pernikahan tu kami still malu2. Nak pegang tangan pun malu. Sampai mak menakan
ckp.."awt hampa dua ni kaku semacam"hehe.
Panggilan pun bertukar. mula2 rasa kekok tapi lama2 dah
terbiasa. Tapi kami tak mcm suami isteri yg lain. Kami hidup PJJ. Perkahwinan
jarak jauh. Dia di terengganu, aku di sarawak. hmmm..tapi takpa..lagi jauh lagi
rindu kan kan kan. (positif) Doakan aku dpt transfer tau.
surat untuk abg tercinta,
abang, terima kasih sebab terima sayang sebagai isteri
abang. Sayang harap abg dpt terima segala kekurangan dan kelemahan sayang.
Sayang terlalu sayangkan abg. Hanya maut yg dpt memisahkan kita. Sayang nak
jadi yg terbaik untuk abg. Sayang nak abg sentiasa bahagia dengan sayang.
Walaupun kita berjauhan, tapi doa sentiasa ada untuk abg. Dari mula2 kita kenal
smpai sekarang, abg lah yg terbaik. Terima kasih untuk segala-galanya. Terima
kasih sebab bersabar dgn sayang, dan terima semua baik buruk sayang. ILYSM
<3
Gambar honeymoon kali kedua di Sarawak..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)