Monday 13 April 2015

RedAng IslAnd



Assalamualaikum...

haaa baru2 ni aku ada pi Terengganu jumpak dengan kekasih halal...kira honeymoon laa jugak..almaklumlaa susah nak berjumpa. so aku nak share ckit pengalaman kat Terengganu. Sebenarnya aku tak pegi mna pun sebab aku dah penah mai Terengganu dulu dengan mak ngn abah.
Tapi apa yg menarik kali ni, encik suami bawak pegi Pulau Redang. Pulau yg selama ni aku idam2kan nak pegi. Tima kasih abang sebab bawak syg pegi sana. Sweet memories ever.

First kita cakap pasal bajet dulu ya. Nak pegi sana bajet kena kluaq lebih ckit laa. So kalau nak pi, kena start menabung yaa..hehe.. ok pakej yang aku ambik ni nama dia REDANG BAY RESORT TRAVEL AND TOURS SDN BHD. Harga pakej dia ikot hari means kalau weekdays harga lain, weekend harga lain atau public holiday harga lain. So suggestion untuk yg nak honeymoon, pilih hari biasa saja. Orang tak ramai.. murah pun murah. Harga yg aku ambik ni sebelum start GST tau. So maybe sekarang mahal ckit laa. Nah tgk ni gambaq rate harga dia dengan dia punya program yang termasuk dalam pakej. Memang berbaloi sebab kita bayaq dan yang lain smua disediakan. Cuma kalau nak snorkeling ja kena tmbah lagi rm25 untuk sewa peralatan dia. Makanan dia alhamdulillah dijamin halal dan sedap. Makan sampai kenyang.....hehe







Naik feri dekat jeti Shahbandar K.terengganu. Dia ada dua masa. Pukul 9 pagi atau 10.30 pagi. Perjalanan ambik masa hampir dua jam jugak laa.. Sapa2 yg rsa dia mabuk laut tu better prepare awal. Masa aku pi aritu alhamdulillah laut tak bergelora sangat tapi masa balik masyaAllah....hujan lebat..ombak mmg kuat..hampir muntah jugak laa tapi tips dari encik suami yg slaloo belayar, masa atas kapal pejam mata...in syaa Allah hilang rsa mabok tu.
Sampai saja dekat Pulau Redang, ada pertukaran pengangkutan sebab kat sana takdak jeti jadi kapal tak boleh pi smpai ke pantai. So kena naik satu bot yang akan bawak kita smua pi ke pantai. Nasihat aku, takyah pkai cantik2..pkai selipar cukop sebab smpai sana, ploopppp masok dlm air utk ke pntai..hehe...(ambik pengajaran kasut basah)

Masa sampai sana, mulut ni tak abis2 ucap subhanallah cantiknya.. mmg superb cantik.
          masa ni kami atas bot yang bawak pi pantai
           inilah keindahan Pulau Redang

Bila dah smpai, ada lori menunggu customer... macam lori tapi sebenarnya kenderaan untuk bawak customer pi resort masing2 sebab jauh jugak laa nak berjalan. Masing2 akan panggil. Macam aku Redang Bay resort. Ada banyak, redang paradise, redang lagoon, redang beach....ikot pakej yg kita pilih. Lepas tu kami check in dan depa bagi tentatif program serta taklimat sikit2. 

maaflaa gambar tentatif tak berapa clear...hehe... Yang dibulat2 tu depa nak bagi kita ingat bila snorkeling sebab kita dah bayar. Makan pulak sehari 4 kali. Pagi, tengahari, minum ptg dan makan malam. Makanan depa kira boleh masok laa dgn selera kita. Snorkeling tu tak mau pi pun takpa tapi rugi laa kan. Macam aku pun sekali ja pi. Letih sebab panas sgt2. Aku dan suami snorkeling kat area depan resort ja. Byk sgt ikan. Tapi kalau join depa, depa bawak pi 3 tempat berbeza. Memang cantik laa... Orang kata, kalau mai Pulau Redang tapi tak snorkeling...rugi besar....^_^

Meh usha ckit gambar2 kami snorkeling.












Kalau takda camera kalis air jangan laa risau, dekat sana ada sediakan camera khas untuk snorkeling. Tapi kena sewa.. RM30 sehari..dari pukul 9 pagi smpai 6 ptg. Jadi boleh laa tangkap gambar kenang-kenangan dalam air ye dak....

Emmm... aku rasa dah takda apa aku nak tulis. Masa berlalu sgt cepat. 3 hari tu rasa macam sehari ja. Singkat sangat. Apa2 pun kalau ada sesiapa plan nak pi Pulau Redang, boleh laa plan elok2. in syaa Allah berbaloi. Boleh tenangkan fikiran yg serabut tu..hehe...
Nanti aku update lagi ya.. thanks sebab baca...meh tgk lagi gmbar lain.,.hehe...

wassalam...












Sunday 25 January 2015

sebenarnya dia suami aku.....


Dia imamku..dia pemilik tulang rusukku...Ya Allah..aku sgt mencintai dia. Engkau jagakan dia untukku. Jauhi dia dari segala musibah dan tabahkan hatinya dalam setiap dugaan-Mu. Aku ingin bersamanya setiap detik dan setiap saat. Sungguh besar ujian yg Engkau berikan kepada kami. Hanya doa mampu ku kirimkan.

Dialah suamiku tercinta. Aku sukakan dia pada awalnya sebab dia seorang yg sgt baik. Berasal dari keluarga yg kurang senang. Berdikari sejak dari kecik. Hormat orang tua. Tahu mengambil hati orang tua. Dia memiliki ciri2 lelaki yang aku cari. 

Alhamdulillah. sememangnya dia adalah jodoh yg ditentukan untukku. Aku bersyukur. Tiada ungkapan lain yg dapat aku luahkan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dia bersabar dengan aku dan sangat memahami. 

Allah itu maha pemurah. Bukan harta benda yang  aku cari. Bukan kemewahan yang aku kejar selama ini. Tapi aku pandang agama. Walau apa pun pekerjaan dia, tapi kerana agama dan sifat yg baik yg ada dalam diri dia, buat aku jatuh cinta. Biarlah hidup bersederhana asalkan rumahtangga bahagia. 

Dialah sahabatku dunia akhirat. Seseorang yang muncul dalam kisah hidup aku dan membahagiakan aku. Semoga hubungan kami kekal sampai syurga. Aamin.. ^_^ aku terima dia yang dahulu, kini dan selamanya bersama...in syaa Allah


 Pertemuan kali pertama kami ^_^
 Rezeki dia dapat menganggotai Agensi Penguatkuasaan Maritim

Setelah sah manjadi suami isteri...honeymoon ..hehe


dulu kini dan selamanya

assalamualaikum...

wah dah hmpir 8 bulan aku tak update blog...berhabuk gilerrr....
so..apa cer skng....

alhamdulillah skng hidup makin bahagia..masih diberi nikmat kesihatan..udara...nyawa yg bernilai..
so arini aku nak cita pasal mr right aku,,,
haaa...ingat tak dulu aku penah post pasal perigi cari timba? actually post tu ada kena mengena dgn apa yg aku lalui skng..aku ada ckp psal aku suka someone tapi aku takut nak luahkan..tul tak?

Orang yg aku suka tu dah jadi suami aku yang sah...alhamdulillah...mcm mna kami kenal?
Dan macam mana leh declare suka tu??

haaa..ni aku nak share. Kami kenal melalui fb. Cinta cyber laa jugak. Dia kenal aku sebab aku ni aktif dalam satu grup fb. Gruk cakat kapong Baling. haaa...dari situ dia add aku. Lepas tu nak dijadikan cerita. Dia terjumpak gambar aku dgn abah aku. Kebetulan pulak abah aku tu cikgu dia..Kira dia bekas anak murid abah aku. So apa lagi..Start laa conversation di situ. eceh.... start mengomen2 gambar. Tapi yg mengecewakan masa tu aku masih tunang orang. (ni dia cita balik kat aku, bukan aku wat cita). So kami hanya berbual setakat itu sahaja. Stop...aku tunang orang.

Jodoh ketentuan di tangan Allah. Aku dan bekas tunang aku tidak ditakdirkan bersama atas sebab2 tertentu. Biarlah aku dan keluarga aku saja yang tahu. Bulan berganti bulan..Hati yg luka diketuk kembali. Mungkin sebab dia jodoh aku. Hati terdetik utk menegur. Kebetulan kawan aku tengah cari rumah sewa dekat kawasan rumah dia, Tanpa fikir jauh, mesej di fb dihantar. Bermula dari berbual pasal rumah sewa, bertukar pasal rumah sendiri. Setiap hari berblas mesej. (dkt fb saja ok) Takda mintak nombor tepon pun. Dua2 segan. malu tapi mahu...haha
Dan akhirnya dia berjaya mengorek rahsia yg aku sudah single. Bukan tunangan org lagi. Perasaan aku masa tu susah nak cakap. Terlalu suka dgn dia tapi malu sgt nak luahkan takut ditolak. Setiap status aku ..dia komen. Status dia lakk aku komen. Macam tu lah setiap hari. Sampai status pun mula bercakap pasal hati. Dan dengan rasa besar hati, dia akhirnya meluahkan perasaan begitu juga aku. Padahal belum pernah berjumpa.

Aku di sarawak. Dia pulak di penang. Jarak memisahkan kami. Masa berjumpa buat pertama kali, hati ni berdebar sgt. Alhamdulillah dia lelaki yg sgt baik. Sopan santun. yg paling penting hormat wanita. Lelaki yg aku cari2 selama ni. Yang tak berpegang tgn, kira innocent la..hehe
Bulan berganti bulan. Tiba2 hati terdetik rasa bersalah. Bersalah sebab berzina hati. Aku lupa Allah buat seketika. Jadi aku buat keputusan utk tidak berhubung smpai kami diijabkabulkan. Keputusan aku ni ibarat pedang yg menikam jantung si dia. Dia kecewa dan terluka. Mna2 laki pun akan fikir negatif kan. Fikir aku ada org lain laa..Aku curanglaa.. Tapi atas nasihat dari seseorang, si dia tabahkan hati utk terima keputusan aku. Aku nak bercinta lepas kawen. Aku tanak panggilan sayang mengotori hubungan kami. Aku tanak perkataan rindu mencacatkan hubungan kami. Yang aku nak, hubungan kami diredhai Allah. Yang penting kepercayaan antara satu sama lain.

Pada 22 Mac 2014, kami ikat tali pertunamgan. Dan kami still tidak berhubung. Hanya berhubung kalau ada hal penting. Dalam 2 minggu tu ada mesej sekali bgitahu pasal persediaan, tarikh apa smua. Pada 28 November 2014, akhirnya kami diijabkabulkan. Alhamdulillah..dia sah jadi milik aku dan aku sah jadi milik dia. Hubungan yg hampir2 berakhir dgn perpisahan akhirnya disatukan bersama hingga ke jinjang pelamin. Dia suamiku, sahabatku dan pemberi semangat.
Apa yg paling penting, famili aku dapat terima dia seadanya. Terima kasih mak abah sebab terima si dia sebagai menantu. Dan terima kasih mak dan ayah (mertua) sebab terima Fida sebagai menantu. Aku bahagia.














Dan bercinta lepas kawen ni sgt2laaa sweet. Pada hari pernikahan tu kami still malu2. Nak pegang tangan pun malu. Sampai mak menakan ckp.."awt hampa dua ni kaku semacam"hehe.
Panggilan pun bertukar. mula2 rasa kekok tapi lama2 dah terbiasa. Tapi kami tak mcm suami isteri yg lain. Kami hidup PJJ. Perkahwinan jarak jauh. Dia di terengganu, aku di sarawak. hmmm..tapi takpa..lagi jauh lagi rindu kan kan kan. (positif) Doakan aku dpt transfer tau.

surat untuk abg tercinta,


abang, terima kasih sebab terima sayang sebagai isteri abang. Sayang harap abg dpt terima segala kekurangan dan kelemahan sayang. Sayang terlalu sayangkan abg. Hanya maut yg dpt memisahkan kita. Sayang nak jadi yg terbaik untuk abg. Sayang nak abg sentiasa bahagia dengan sayang. Walaupun kita berjauhan, tapi doa sentiasa ada untuk abg. Dari mula2 kita kenal smpai sekarang, abg lah yg terbaik. Terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih sebab bersabar dgn sayang, dan terima semua baik buruk sayang. ILYSM <3

Gambar honeymoon kali kedua di Sarawak..hehe